Jenayah

Seorang maut, rakan cedera kemalangan di Pekan Trolak

SEORANG lelaki maut manakala seorang lagi cedera apabila kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di Pekan Trolak, dekat Slim, malam tadi.

Dalam kejadian itu, pemandu kereta Proton Saga BLM, Nur Shafik Hasrul Nuruddin, 29, meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya, Mohd. Ramadhan Abu Bakar, 26, mengalami kecederaan.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 7.04 malam.

“Anggota terpaksa menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum menyerahkannya kepada pihak polis dan ambulans untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, kereta yang dinaiki kedua-dua mangsa dikatakan dalam perjalanan ke arah utara sebelum dipercayai hilang kawalan lalu terbabas. – SM

(Visited 220 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button