Politik

PRN Sabah: BN guna lambang dacing

BARISAN Nasional (BN) telah memutuskan untuk menggunakan logo parti itu lambang dacing pada Pilihan Raya Negeri Sabah.

Setiausaha Agung Barisan Nasional Tan Sri Annuar Musa berkata, BN turut menawarkan lambang tersebut kepada parti-parti sahabat dalam Perikatan Nasional untuk digunakan.

Namun menurutnya, BN juga tidak mempunyai halangan jika rakan-rakan parti dalam Perikatan Nasional dan Muafakat Nasional mahu mengunakan bendera masing-masing dalam PRN Sabah nanti.

Tegas beliau, UMNO, MCA, MIC, Pas dan Bersatu serta rakan-rakan BN telah bersetuju akan bekerjasama dalam PRN Sabah nanti,

“Juga telah di putuskan BN sertai PRN Sabah dengan logo dacing dan tawarkan dacing dIguna parti sahabat.

“Telah diputuskan BN tiada halangan jika parti sahabat mahu menggunakan logo bahru perikatan nasional. Telah diputuskan UMNO Pas, Bersatu, MCA, MIC dan friends of BN akan berkerjasama,” kata Annuar.

Menurut Annuar, Perikatan Nasional turut telah memutuskan untuk mengadakan pertandingan satu lawan satu dengan Pakatan Harapan dalam PRN Sabah.

Jelas beliau, Bersatu, Pas dan BN telah mewujudkan jawatankuasa seramai lima orang untuk merunding pembahagian kerusi.

“Telah diputuskan UMNO dan PAS utus surat untuk Bersatu sertai Muafakat Nasional.Telah diputuskan UMNO tidak sertai dalam protem pendaftaran PN.

“Selagi parti tidak mengubah keputusan,itulah yg perlu saya pegang.Jika keputusan parti tak dipersetujui sesetengah pihak, itu kita serah pada parti.

“Kalau SUA terpaksa tanggung sasaran akibat dari keputusan parti itu nasiblah dah memang begitu tugas SUA,” kata Annuar.-SM

(Visited 116 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button