Politik

Jati diri nasional murid sekolah vernakular lemah

JATI diri nasional, semangat patriotisme dan perpaduan murid sekolah vernakular dipercayai lemah kerana melalui sistem pendidikan yang berpecah-pecah.

Hal demikian kewujudan sekolah atau aliran pendidikan yang berdasarkan kaum dikatakan tidak mampu memupuk semangat perpaduan diperingkat awal.

Malah, lepasan sekolah vernakular juga memperlihatkan pelajar-pelajar gagal menguasai bahasa kebangsaan dengan baik.

Sebaliknya mereka hanya fasih dalam bahasa ibunda masing-masing kerana ia menjadi medium pengantar ketika sesi pembelajaran dalam kelas.

“Jati diri kebangsaan secara unggul juga memerlukan bukan sahaja kefasihan malah penguasaan bahasa kebangsaan dengan baik.

“Rata-rata pelajar sekolah vernakular pula hanya mampu mempamerkan jati diri ‘etnik tertentu’ mengikut aliran persekolahan yang dipisah dan terpisah berdasarkan jalur etnisiti.

“Maka jika dinilai, rata-rata mereka kelihatan tidak nasional atau tidak mencerminkan citra kebangsaan dalam tekad mencapai integrasi nasional.”

Demikian kenyataan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal hari ini.

Menurut beliau, untuk memupuk semula semangat perpaduan, sekolah vernakular bukanlah permulaan yang baik.

Sebaliknya, sekolah tersebut perlu dimansuhkan secara berperingkat dan menerapkan nilai perpaduan melalui pendidikan yang disatukan.

“Maka, dengan hasrat murni untuk mengutuhkan perpaduan negara, Arnada kekal dengan pendirian bahawa sekolah vernakular wajar dimansuhkan secara berperingkat.

“Perlu ada usaha untuk memastikan hal ini menjadi keutamaan agenda nasional.

“Bukannya digunakan sebagai bahan politik tidak kira di blok kerajaan mahupun pembangkang untuk sekadar meraih undi,” tegasnya.

Terdahulu, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique mennjelaskan sekolah vernakular tidak akan dimansuhkan.

Kata Ahli Parlimen Tenggara itu, perpaduan boleh dipupuk melalui kaedah lain seperti penerapan nilai Rukun Negara di peringkat persekolahan.

Bagaimanapun, penjelasan yang diberikan beliau semalam disifatkan sebagai ‘mengelamun’ kerana ia tidak dikatakan tidak akan dapat direalisasikan melalui pendidikan yang berpecah-pecah.

Menurut Wan Ahmad Fayhsal, penerapan nilai perpaduan dan Rukun Negara perlu dimulakan dari sekolah rendah sehingga peringkat universiti.

“Penjelasan di Parlimen semalam juga kelihatan menerawang apabila menyatakan bahawa ‘Perpaduan perlu dimulakan daripada asas sejak sekolah rendah, menengah sehingga universiti termasuk kepentingan penghayatan aspek Rukun Negara.

“Teras sosialisasi antara utamanya ialah melalui pendidikan.

“Maka secara jelas anak-anak Malaysia tidak wajar dipisah-pisah melainkan berada di bawah satu bumbung,” jelasnya.

Tambah beliau penerapan nilai Rukun Negara melalui sekolah vernakular dikatakan tidak menepati Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Bercakap soal penghayatan Rukun Negara, terangan terasnya adalah ‘Keluhuran Perlembagaan’.

“Bagaimana boleh pernyataan terkait Rukun Negara pula menolak perihal mendaulatkan antara perkara dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu Perkara 152?” soalnya. – SM

(Visited 472 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button