KemalanganNasional

Penunggang motosikal maut dirempuh jalan tak berlampu

SEORANG penunggang motosikal maut dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kereta dalam kejadian di Kilometer 70.5 Jalan Klang-Teluk Intan dekat Parit 4, Tanjung Karang.

Ketua Polis Kuala Selangor, Ramli Kasa berkata, dalam kejadian pukul 11.15 malam tadi, mangsa lelaki warga emas berusia 69 tahun parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu kereta Toyota Vios berusia 20 tahun yang dalam perjalanan dari Tanjong Karang ke Sekinchan melanggar mangsa di kawasan gelap yang tidak mempunyai lampu jalan.

“Penunggang motosikal Honda Wave dari Klang ke Teluk Intan melalui lokasi kejadian dan dirempuh di lorong kanan oleh kereta dari arah sama,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Ramli berkata, pemandu kereta yang bekerja sebagai pelayan restoran tidak mengalami kecederaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – SM

BACA Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang

(Visited 187 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button