KemalanganNasionalNegeri

Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang

SEORANG penunggang motosikal maut dihempap pokok yang tumbang di Kilometer 67.4 Lebuhraya Pantai Timur menghala ke Kuantan, malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.17 malam sebelum tujuh anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, sejurus tiba pasukan bomba mengeluarkan Muhammad Mustaqim Noor Azhar, 21, daripada timbunan pokok yang tumbang.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa yang beralamat di Taman Hijau, Karak diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan. – SM

(Visited 217 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button