Nasional

Covid-19: Kematian mencecah angka 20

JUMLAH kematian akibat wabak Covid-19 di negara ini mencecah 20 orang dengan mangsa terbaharu meninggal dunia petang semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke CPRC Kebangsaan, terdapat pertambahan satu lagi kes kematian berkaitan COVID-19

Ini katanya, menjadikan jumlah kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 20 kes.

“Kes kematian ke-20 ini merupakan kes ke-780, lelaki warganegara Malaysia berumur 76 tahun. Beliau telah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

“Beliau telah dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai, Kelantan mulai 18 Mac. Beliau disahkan meninggal dunia pada 4.35 petang, 25 Mac,” katanya.

 

Tags

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button
Close
Close