JenayahNasionalNegeri

Kakitangan Perikanan Perlis minta rasuah RM800 sebulan direman

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) Perlis berjaya mendapat perintah reman bagi menahan seorang kakitangan Pejabat Perikanan Perlis yang meminta wang rasuah antara RM500 hingga RM800 sebulan dari syarikat bot di Kuala Perlis.

Majistret Nurshahida Abdul Rahim membenarkan perintah reman ke atas Suhaimi Ahmad, 44, Pembantu Laut direman selama empat hari ini mulai hari ini.

Tertuduh dibawa keluar dari van SPRM untuk direman di Mahkamah Majistret hari ini. – Gambar Ihsan Sin Chew Daily

Reman ini membolehkan SPRM melakukan siasatan mengikut Sek. 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 200.

Tertuduh telah ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Perlis pada pukul 2.45 petang, semalam.

Mengikut sumber SPRM Perlis, tertuduh yang telah berkhawin ini telah berkhidmat selama 10 tahun dengan Pejabat Perikanan.

Bahawa tertuduh pada sekitar tahun 2022 telah meminta dan menerima wang rasuah antara RM500 hingga RM800 secara bulanan.

Ia melibatkan secara purata kesemuanya berjumlah RM4,800 pada tahun 2022.

Tertuduh meminta rasuah ini dari sebuah syarikat bot berkenaan melalui pindahan akaun orang tengah sebagai dorongan supaya pihak Jabatan Perikanan tidak mengambil tindakan terhadap kesalahan yang dilakukan oleh bot-bot penangkapan ikan milik syarikat tersebut.

Selain itu tertuduh juga membocorkan operasi bersepadu dengan agensi penguatkuasa yang lain. – SM

BACA SPRM siasat anak bekas Perdana Menteri

(Visited 52 times, 4 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button