Nasional

Lif tiba-tiba rosak, menggelungsur dari tingkat 5

TIGA penduduk cedera selepas lif yang mereka naiki mengalami kerosakan sebelum terhempas di Blok 28, Rumah Pangsa Taman Batu Permai, Jinjang, petang semalam.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 2 petang ketika tiga lelaki dan dua kanak-kanak sedang turun dari tingkat 5 bangunan tersebut.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner C Shanmugamoorthy berkata, lif tersebut kemudian tiba-tiba rosak dan menggelungsung hingga ke tingkat bawah.

“Kesemua mangsa dapat dikeluarkan dengan bantuan orang awam yang mengetahui kejadian itu dengan membantu membuka pintu lif berkenaan.

“Antara kecederaan yang dihadapi kesemua mangsa ialah retak tulang kaki, tulang lutut tercabut dan yang lain-lain hanya lebam dan terseliuh,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Shanmugamoorthy, kesmue mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan.

Ujarnya, syarikat yang bertanggungjawab menyelenggara lif berkenaan kini sedang menjalankan siasatan bagi mencari punca kejadian itu.

“Ini adalah kejadian kemalangan pertama yang berlaku membabitkan lif di kediaman berkenaan dan difahamkan, semua lif di situ diselenggara mengikut jadual.

“Pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (DOSH) Kuala Lumpur sebelum itu turut hadir ke lokasi untuk mencari punca kejadian,” jelansya. -SM

(Visited 102 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button