Nasional

Selepas Sunway Pyramid, kes jangkitan Covid-19 di Nu Sentral pula

PUSAT beli belah NU Sentral, Kuala Lumpur mengesahkan seorang daripada kakitangannya telah disahkan positif Covid-19 hari ini.

Pengesahan itu dikeluarkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pusat beli-belah itu yang turut memanggil kesemua kontak rapat dan kakitangan yang lain untuk menjalani ujian saringan Covid-19.

“Ujian saringan pertama kesemua kakitangan pengurusan dan kontak rapat telah disahkan negatif Covid-19.

“Semua yang menjalani ujian juga telah diarahkan untuk menjalani proses kuarantin di rumah selama 14 hari,” katanya.

Menurut kenyataan itu, pihaknya juga ingin memastikan kepada semua penyewa dan pelanggan yang perkara itu sudah pun diatasi dengan segera.

Jelasnya, pihaknya kini berhubung rapat dengan Kementerian Kesihatan untuk mengambil langkah-langkah pencegahan yang perlu selepas ini.

“Buat masa ini, kita telah menjalankan proses disinfeksi segera mengikut prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

Dalam pada itu, pengurusan kompleks berkenaan menasihatkan pelanggan agar terus mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh KKM selain menjaga kebersihan diri, memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal sepanjang masa.

Semalam, sebuah kedai peralatan sukan di kompleks beli belah Sunway Pyramid ditutup selepas seorang kakitangannya yang mempunyai rekod perjalanan ke tempat lain disahkan positif COVID-19.

Pengurusan pusat beli belah itu dalam satu kenyataan berkata, individu yang terbabit sudah dikuarantin selari dengan garis panduan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM). -SM
(Visited 434 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button