Nasional

Pengguna Malaysia belum hayati hak mereka – KPDNHEP

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan terus merangka program advokasi di setiap peringkat masyarakat bagi mengatasi isu kepenggunaan semasa.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kementerian akan terus memainkan peranan yang lebih aktif dalam memberi pendidikan dan kesedaran kepada pengguna melalui kerjasama pihak swasta

Jelasnya, pengguna di negara kita masih belum menghayati dan mempraktikkan sepenuhnya hak mereka sebagai pengguna.

Oleh itu, pelbagai langkah diambil oleh kementerian supaya ilmu kepenggunaan dapat disebarkan secara meluas

“Antara langkah yang diambil oleh kementerian adalah mempelbagaikan medium advokasi kepenggunaan kepada masyarakat supaya ilmu kepenggunaan dapat disebarkan” ujarnya pada Majlis Pelancaran Advokasi Kepenggunaan Melalui Medium Pengangkutan Awam dan Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia 2022, hari ini.

Alexander berkata kerjasama dengan penyedia perkhidmatan pengangkutan awam seperti MRT yang sedang giat dilakukan Kini dilihat bersesuaian dan mampu memberikan impak positif seperti mana kerjasama yang dilakukan sebelumnya melalui platform media sosial dan internet.

Hal ini demikian kerana, capaian kepada pengguna yang dimiliki oleh
MRT mencatat purata 62,000 penumpang sehari.

“Setiap hari pengguna akan menghabiskan sebahagian masa mereka berada di dalam koc MRT untuk ke destinasi. Oleh itu wajar sekiranya waktu tersebut diisi dengan advokasi kepenggunaan yang disediakan di dalam koc MRT tersebut” jelasnya lagi. — SM

(Visited 298 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button