NasionalUncategorized

Penguatkuasaan DBKL didakwa lemah punca warga asing masuk ke pasar borong

KELEMAHAN penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di pintu masuk dan keluar Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL) didakwa menjadi punca warga asing kembali bekerja di pasar tersebut.

Menerusi tinjauan dan perkongsian maklumat daripada pekerja di PBKL, pemeriksaan terhadap keluar masuk pasar borong hanya pada permulaan arahan dikeluarkan sahaja dan tidak konsisten sehingga kini.

“Selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempoh hari memang kawalan ketat. Tetapi hanya sebulan dua sahaja. Selepas itu semuanya leka.

“Jalan untuk masuk ke pasar borong hanya ada dua iaitu menerusi pintu gerbang masuk dan keluar. Kedua-dua jalan ini dikawal oleh penguatkuasa DBKL.

“Jalan-jalan tikus pula telah dipasang pagar dan kawad duri seperti di penjara dan dipantau oleh rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Jadi, tidak ada cara lain untuk warga asing untuk masuk melainkan menerusi kedua-dua pintu itu,” kata sumber kepada Suara Merdeka semalam.


Jelas sumber yang sudah lebih 20 tahun berada di pasar borong, semua pekerja di dalam pasar borong diberikan pakaian rasmi untuk masuk tetapi tetap warga asing boleh lolos masuk ke dalam.

Ujarnya lagi, sepatutnya mereka yang tidak memakai pakaian rasmi (PBKL) sepatutnya ditahan untuk semakan tetapi itu tidak dilakukan.

“Penguatkuasa hanya duduk di pondok mereka dan tidak melakukan pemeriksaan secara teliti.

“Bila tidak ada semakan di pintu masuk yang membuatkan mereka berani masuk. Selalunya mereka masuk pada pukul 8 malam dan pukul 4 pagi,” katanya.

Sementara itu, Suara Merdeka turut mendapat terdapat beberapa individu yang bekerja di PBKL tanpa memakai pakaian rasmi sekaligus mengundang tanda tanya sama ada mereka ialah warga tempatan atau tidak. -SM

(Visited 479 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button