MahkamahNasional

Kes basikal lajak 8 remaja maut: Wanita dipenjara 6 tahun denda RM6,000

MAHKAMAH Tinggi Johor Bahru hari ini memerintahkan seorang wanita dipenjara enam tahun dan denda RM6,000 atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, lima tahun lalu.

Hakim Abu Bakar Katar dalam keputusannya terhadap rayuan kerani berkenaan, turut memerintahkan responden Sam Ke Ting, 27, menjalani hukuman selama enam bulan penjara lagi sekiranya tidak membayar denda selain hilang kelayakan memandu selama tiga tahun yang berkuat kuasa selepas selesai hukuman penjara.

Keputusan itu sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Oktober lalu yang mengekalkan keputusan untuk melepas dan membebaskan responden daripada pertuduhan berkenaan.

Menurut laporan Berita Harian, Hakim Abu Bakar turut memaklumkan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan dengan Mahkamah Tinggi turut memerintahkan tertuduh untuk membela diri.

Beliau berkata, mahkamah bicara didapati terkhilaf dalam menimbangkan semula isu dibangkitkan pada akhir kes pendakwaan berkaitan identiti pemandu kereta, kebolehterimaan eksibit dan tiada pengecaman atas mangsa. – SM

(Visited 509 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button