Nasional

Sembilan projek PoP, RM9.15 juta bakal dilaksana

PERANCANGAN menjadikan negara lebih baik dan berdaya saing serta usaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan internet dilihat menjadi elemen penting dalam sesebuah transformasi.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata dalam ucapannya pada Program Lawatan Kerja Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di Kampung Langkuas, Sabah, hari ini, kerajaan bermatlamat supaya semua rakyat memperoleh manfaat daripada program yang bakal dilaksanakan terutama manfaat dari segi jaringan internet.

“Sembilan projek Point of Presence (PoP) dengan perbelanjaan kira-kira RM9.15 juta akan dilaksanakan di Papar ini. Kerajaan sudah labur jumlah yang banyak, kalau di bawah program sekarang dipanggil PoP, sembilan pusat yang berpengkalan di sekolah” katanya.

Tambahnya, jumlah tersebut mungkin kelihatan sedikit, namun dengan usaha ini ia mampu memberi manfaat kepada pengguna kerana liputannya yang luas melebihi lima kilometer.

Kerajaan juga sedar akan kualiti jaringan internet negara yang masih dianggap kurang memuaskan, oleh itu program Jalinan Digital Negara (JENDELA) dilaksanakan bagi meningkat mutu kualiti perkhidmatan jaringan dan internet termasuk di luar bandar.

“Di PEDi ini juga, saya sudah keluarkan arahan, selain ada komputer 20 biji, sekarang kita sudah menjadi pusat ekonomi digital, kita akan tambah peranti komuniti, semua PEDi secara berperingkat, kita akan bagi juga tablet, budak orang kampung mungkin mereka tiada tablet jadi mereka boleh datang dan pinjam daripada PEDi” ujarnya.

Jelasnya, usaha ini adalah bertujuan melatih masyarakat luar bandar dan orang kampung cekap menguasai ekonomi digital yang menjadi teras transformasi memajukan negara.

“Ini merupakan kaedah yang diusahakan oleh kerajaan kita, jadi banyak perkara yang sedang dilakukan oleh KKOM bermula dengan komuniti Keluarga Malaysia, mentransformasi PEdi, program Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan banyak lagi” katanya.

Beliau juga sempat merakamkan ucapan terima kasih dan berharap agar komuniti Keluarga Malaysia di setiap dun dan kawasan, duta-duta komuniti, ahli-ahli jawatankuasa PEDi dan pemimpin masyarakat akan terus bekerjasama bagi menjayakan agenda besar, kerajaan Keluarga Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri yang mahu melihat rakyat dipermudahkan dan didahulukan. – SM

(Visited 336 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button