Nasional

Belum habis lagi beraya walaupun dalam PKP!

KITA semua masih lagi dalam mood beraya walaupun duduk dalam rumah, tidak boleh pergi ziarah, tidak boleh balik kampung, tidak boleh itu dan ini kerana perlu patuh SOP dan PKP yang dikenakan ke atas kita semua, rakyat Malaysia.

MUHYIDDINSemua ini, kalau ikutkan nasihat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, adalah demi mengekang penularan wabak Covid-19 yang kes menunjukkan peningkatan.

Kita rakyat yang mendengar kata, mengikut nasihat tetapi bukan menurut telunjuk.

Menjenguk negara jiran, kerajaan Singapura melaksanakan perintah berkurung bermula esok, 16 Mei. Lambat juga kiranya negara republik melaksanakan ‘lockdown’.

Akan tetapi, lambat pun tidak mengapa kerana apa yang dilakukan oleh negara jiran itu adalah disebabkan jangkitan kes Covid-19 yang semakin meningkat.


Kes covid naik, bursa saham mereka menurun ke paras terendah, tulis portal berita DagangNews.com

Menurut catatan portal berita berkenaan, penurunan yang dialami bursa saham Singapura ke paras terendah dalam tempoh dua bulan.

Lapor DagangNews.com lagi, penurunan yang berlaku berkaitan dengan sektor penerbangan paling teruk terjejas ekoran reaksi pelabur yang tidak dapat menerima langkah kerajaan Singapura mengetatkan semula kawalan susulan peningkatan kes.

Justeru dalam tempoh empat minggu akan datang, rakyat negara republic itu tidak dibenarkan makan di restoran dan tiada perhimpunan sosial dibenarkan.

Seperti yang kita ketahui, rakyat Singapura adalah mata dan telinga kepada pihak penguatkuasa mereka, jadi lockdown yang dilakukan akan memberi kesan positif.

Sementara itu, entri pada 26 April lalu, Thailand, sebuah lagi negara jiran yang terdekat dengan Malaysia, dilaporkan merekodkan catatan tertinggi kes Covid-19.

Mengikut laporan Reuters, dalam mana pihak berkuasa negara monarki itu cuba mengekang gelombang ketiga wabak tersebut, kes direkodkan lebih 2,348.

Dan itu adalah angka jangkitan baharu yang menjadikan jumlah keseluruhan lebih 55,460 dengan catatan kematian 140 sejak pendamik itu melanda negara Gajah Putih itu pada tahun lepas.

Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha menerusi Facebook miliknya turut memaklumkan gabenor wilayah boleh menutup semua tempat awam dan melaksanakan perintah berkurung jika perlu.

Sama-samalah kita semua mengekang penularan Covid-19 daripada terus merebak kerana gelombang keempat ini, sukar untuk diramalkan.

Kita jaga kita, kalau orang lain tak jaga, apa usaha dan tindakan kita? – SM

 

(Visited 48 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button