CelotehNasional

Pakai Kereta Honda, Miliki Rumah Banglo Terus Layak Digelar Kaya – Netizen

Kisah abang burger yang kena viral akibat dikompaun pihak berkuasa sehingga RM50,000 masih belum sepi berlegar dalam media sosial.

Masing-masing bagaikan tidak mahu melepaskan peluang untuk mengurangkan pahala menerusi acara membawang dalam bulan Ramadan.

Bermula dengan kisah Mohd Faisal Wan Kadir, 37, dikatakan melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kelantan, ia jadi semakin teruk.

Netizen yang tidak bekerja dan punyai masa yang sangat banyak setiap hari ini mula menyelongkar gambar lama milik Mohd Faisal.

Habis gambar rumah banglo dan keretanya dijadikan modal netizen untuk dibicarakan tanpa sebarang pertanyaan lebih mendalam.

Mentaliti orang Melayu adalah orang berniaga burger selama 16 tahun sekali pun tak layak simpan duit dan ada rumah banglo atau kereta mewah.

Orang Melayu harus merempat di kaki lima seperti kebanyakan gelandangan di Kuala Lumpur atau mana-mana bandar besar dalam Malaysia.

Orang Melayu tak perlu nampak dasar ekonomi baharu mengenai amalan pecah dan perintah memberi implikasi besar kepada orang Melayu sendiri.

Sudahlah masih ramai orang Melayu takut nak berniaga.. semuanya nak bagi kepada orang Cina. Apabila orang Cina kaya-raya, pandai pula dikatakan takdir.

Apabila wujud Melayu yang berjaya, habis ditindas dan dimomokkan dengan pelbagai cerita sehingga jatuh fitnah bertepatan dengan akhir zaman.

Apa-apa pun, kita sebagai pembaca atau netizen tetap orang luar. Apatah lagi bukannya jiran mereka. Maka tidak perlu gelabah dengan isu sensasi dunia tipu-tipu ini.

(Visited 785 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button