Nasional

Pergilah pasar malam, bantu peniaga – Najib

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru orang ramai memberi sokongan dengan mengunjungi pasar-pasar malam berhampiran kawasan mereka bagi membantu golongan peniaga tersebut.

Katanya, kunjungilah  dan berbelanjalah di pasar-pasar malam berdekatan rumah untuk bantu peniaga kecil.

“Guys, kalau ada masa pergilah pasar malam dekat rumah. Bantu mereka. Beli makanan, baju, buah. Apa-apa yang diperlukan. Sama-sama kita sokong peniaga kecil,” kata Najib dalam hantara di Facebooknya.

Najib menulis demikian ketika berkongsi ceritanya mengunjungi pasar malam ketika berkempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.

Katanya, beliau sudah lama lama tidak pergi ke pasar malam dan ketika di Slim beliau telah mengunjungi pasar malam dan mendengar rintihan para peniaga yang pendapatan mereka merosot.

“Lama sudah tak pergi pasar malam. Saya kat Slim ni. Beli sikit makanan, jumpa penduduk.

“Ramai yang merintih kata pendapatan jatuh merudum.

Pengunjung pun sudah berkurangan. Saya faham ramai hidup susah. Keadaan ekonomi tidak baik dan ada yang bertanya keberkesanan langkah kerajaan,” katanya.

Sehubungan itu Najib menyeru orang ramai supaya mengunjungi pasar-pasar malam berdekatan kejiranan masing-masing agar secara tidak langsung dapat membantu golongan peniaga kecil itu.

Apapun, kata Najib, beliau calon BN Mohd Zaidi akan tetap jadi suara rakyat. – SM

(Visited 552 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button