Nasional

1,756 kes baharu Covid-19 dimasukkan ke hospital

ICU pada kapasiti 43%

SEBANYAK 1,756 pesakit baharu membabitkan kes Covid-19 dimasukkan ke hospital semalam, kata Kementerian Kesihatan.

Daripada jumlah itu, 1,032 kes atau 58.8% adalah dalam Kategori 1 dan 2 manakala baki 724 kes atau 41.2% dalam Kategori 3 hingga 5.

Selangor merekodkan jumlah kemasukan ke hospital tertinggi dengan 265 kes, diikuti Johor (213) dan Perak (210).

Sementara itu, sebanyak 1,339 pesakit dibenarkan pulang semalam.

Dalam kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi pesakit Covid-19 pula ialah 379 atau 43% daripada jumlah kapasiti.

Katil ICU di lima negeri melebihi penggunaan 50% kapasiti iaitu Selangor (83%), Putrajaya (83%), Johor (70%), Kelantan (69%) dan Kuala Lumpur (54%).

Sejumlah 216 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dengan peratusan penggunaan ventilator 24% daripada jumlah keseluruhan.

Sebanyak empat kluster baharu dilaporkan semalam, menjadikan keseluruhan 6,841 kluster dikesan sehingga kini dengan 454 daripadanya aktif.

Kadar kebolehjangkitan (R-naught atau RO) Covid-19 negara pula direkodkan pada 1.05. – SM

 

(Visited 140 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button