fbpx
Nasional

Sultan Perak tiba di Istana Negara sebelum sidang khas bermula

SULTAN Perak, Sultan Nazrin Muizuddin Shah terakhir tiba di Istana Negara sebelum Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja Melayu berlangsung.

Baginda dilaporkan tiba di sana pada pukul 2.30 petang bagi menyertai sidang khas tersebut yang akan membincangkan cadangan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah tiba di Istana Negara pada pukul 12.30 tengah hari selepas beberapa hari berada di Pahang.

Kemudian Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dilihat tiba di Istana Negara pada pukul 1.30 petang selepas berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Ismail, Johor Bahru tengah hari tadi.

Kehadiran baginda disusuli dengan ketibaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Sultan Kedah, Sultan Salehuddin Sultan Badlishah.


Memetik laporan portal MalaysiaGazette, meyusul kemudian adalah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abdin, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Bagaimanapun, ketika pemberita dan jurugambar menunggu di hadapan Pintu Utama Istana Negara, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dilaporkan tidak kelihatan.

Terdahulu, Istana Negara dalam satu kenyataan memaklumkan Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja Melayu dijadualkan berlangsung pada hari ini.

Sidang khas itu di panggil, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersembah cadangan yang diluluskan kabinet kepada Al Sultan Abdullah di Istana Abdul Aziz di Pekan, Pahang pada Jumaat lepas.

Bagaimanapun, tidak diperincikan cadangan-cadangan tersebut namun dipercayai antaranya merupakan pelaksanaan Perintah Darurat bagi menanangani gelombang ketiga wabak Koronavirus (Covid-19).

Sebelum itu pada pagi hari yang sama, Muhyiddin mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet di Bangunan Perdana Putra yang turut dihadiri Panglima Angkatan Tentera Malaysia dan Ketua Polis Negara. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button