NasionalPolitik

Zahid Hamidi cuba tipu Agong sekali lagi – Annuar Musa

TAN Sri Annuar Musa mendakwa bahawa Yang Di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah cuba ditipu sekali lagi oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Annuar yang sekarang ini dipandang sebagai pemerhati politik oleh netizen dalam catatannya di Facebook  beliau menulis, Zahid yang juga Presiden UMNO itu mendakwa dan menyembah maklum kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong bahawa beliau telah mempengerusikan mesyuara BN semalam, 22 November dan mesyuarat itu memutuskan semua 30 Ahli Parlimen bersetuju menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pakatan Harapan (PH) itu sebagai Perdana Menteri.

“Kita sebaliknya dimaklumkan BN memutuskan TIDAK MENYOKONG MANA-MANA CALON… siapakah yang berbohong di sini,” soal Annuar, bekas Ahli Parlimen Ketereh dan juga pernah menjadi Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) sebelum namanya tidak masuk senarai sebagai calon PRU15 mempertahankan kerusi Parlimen Ketereh yang disandangnya selama lima penggal.

Annuar seterusnya menegaskan dalam catatannya, rakyat menuntut penjelasan daripada pemimpin-pemimpin BN yang terlibat khasnya Ahli Mesyuarat Dewan Tertinggi BN.

“Jika surat kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong merupakan satu percubaan menipu Yang DiPertuan Agong, ia satu kesalahan yang amat berat yang sekali lagi dibuat oleh orang yang sama, seperti dilakukan pada bulan Oktober 2020.

“Iaitu kononnya semua Ahli Parlimen BN ketika itu menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ini satu pembohongan,” jelas Annuar yang juga Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Kelantan.

Beliau berkata, rakyat dan ahli UMNO dan BN di peringkat akar umbi juga harus bangkit memperbetulkan kedurjanaan ini jika ia telah dilakukan. – SM

(Visited 481 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button