NasionalNegeri

Peristiwa Hijrah asas kekuatan Islam – Raja Muda Perlis

RAJA Muda Perlis bertitah, peristiwa Hijrah merupakan titik permulaan kepada asas kekuatan Islam dan umatnya. Justeru titah Baginda, penghayatan kepada Hijrah perlu disuburkan dalam kalangan umat Islam.

Selain itu, Baginda bertitah, kepentingan umat Islam untuk memperbaharui keazaman juga antara pengajaran daripada peristiwa hijrah ini.

“Ia juga adalah gambaran kepada pemisahan antara hak dan batil yang perlu dihayati oleh umat,” titah Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sempena Maal Hijrah 1442 Hijrah bersamaan 2022 Masehi.

 

Majlis Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis pada tahun ini akan disempurnakan oleh Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada pagi Khamis, 4 Ogos 2022 bersamaan 6 Muharram 1444 Hijrah.

Dalam perkembangan lain, Tuanku Syed Faizuddin Putra bersama-sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menghadiri majlis resepsi perkahwinan Tengku Muhammad Faris Tengku Mohd Ismail dengan pasangan pilihan hatinya, Nur Hafizah @ Fiza Thomas di Glamhall Damansara, Mercu Mustapha Kamal, Petaling Jaya, Selangor.

Tengku Muhammad Faris bergiat dalam bidang seni dan hiburan. Beliau juga terlibat dalam pembikinan video musik sebagai pengarah fotografi. Antara hasil kerja beliau adalah video musik Wani Kayrie, Khodi dan lain lain lagi.

Nur Hafizah pula merupakan seorang penyanyi dan pelakon berasal dari Sandakan, Sabah. Dia memulakan kerjayanya sebagai salah seorang peserta Akademi Fantasia musim ke-13 pada 2016.

Beliau paling dikenali menerusi watak sebagai Soraya dalam iklan #Rendang SoRaya terbitan Petronas bersempena dengan sambutan Aidilfitri 2019. – SM

(Visited 178 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button