Nasional

Pemancing maut diserang buaya

SEORANG wanita ditemukan mati hari ini dipercayai diserang buaya ketika memancing di tebing sungai di Kampung Tanjung Bulat Sinar Jaya, Kota Kinabatangan, Sabah.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah dalam satu kenyataan berkata, mayat Norsila Sayong, 32, ditemukan oleh pasukan mencari pada pukul 6.53 pagi tadi, kira-kira 800m dari tempat dia kali terakhir dilihat masih hidup.

Jabatan itu menghantar lima anggota bomba dari balai Kota Kinabatangan selepas dimaklumkan mengenai kehilangan wanita itu pada pukul 3.42 petang semalam.

Bahagian sungai itu yang bergabung dengan Sungai Kinabatangan, adalah tempat memancing yang popular semasa air pasang. – SM

 


(Visited 41 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button