Politik

Presiden UMNO tiba di Sabah

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kini berada di Kota Kinabalu, Sabah bagi menghadiri pertemuan dengan kepimpinan UMNO negeri itu.

“Alhamdulillah. Kami selamat tiba di KK (Kota Kinabalu), Sabah untuk bertemu sahabat-sahabat UMNO.

“Tok Bung Mokhtar Radin, Tok Yacob, Tok Raimi, pemimpin dan ahli UMNO Sabah lain tunggu kedatangan kami di KKIA.

“#UMNOSabahbangkit.”

Demikian kata beliau dalam Facebooknya dengan memuatnaik beberapa keping gambar ketibaannya di sana.

Ketibaan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu ke Sabah menimbulkan tanda tanya ekoran negeri itu kini berhadapan kemelut isu lompat parti.

BACA > Tayar kereta Guan Eng pancit ketika menuju ke pejabat SPRM – Suara Merdeka

Isu lompat parti di Sabah timbul ekoran parti Kerajaan Negeri, Parti Warisan Sabah (Warisan) didakwa goyah.

https://www.facebook.com/zahidhamidi.fanpage/posts/1809350189203550?__tn__=-R

Hal demikian berlaku ekoran terdapat desas-desus mengatakan usaha melobi dan ‘pembelian’ wakil rakyat disana sedang giat dilakukan.

Perkara itu dinyatakan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang mengakui wujud cubaan membeli Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Beliau juga hari ini dilapor menafikan kerajaannya goyah ekoran berlaku usaha ‘membeli’ wakil rakyat.

Malah Ahli Parlimen Semporna itu menjelaskan partinya masih kukuh dengan dua pertiga majoriti.

BACA > PRK Slim River: PKR, PH masih berteka-teki – Suara Merdeka

Sementara itu, dalam gambar yang dimuat naik Ahmad Zahid, kelihatan beberapa pemimpin parti seperti Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Norani Ahmad.

Dalam makluman tersebut juga, beliau menyatakan disambut Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Timbalannya, Datuk Yakub Khan.

Turut menyambut ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu adalah Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Raimi Unggi.

Semalam sebuah blog mendakwa terdapat satu intipan dilakukan oleh penggerak media sosial (cybertrooper) Warisan terhadap rumah bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman.

Tindakan tersebut disusuli beberapa keping gambar dipetik dan dimuat naik dalam Facebook.

BACA > Shafie dakwa ada cubaan beli, ganggu ADUN Sabah – Suara Merdeka

Kemudian dalam satatusnya, cybertrooper itu dikatakan mempersoal satu pertemuan yang ramai di kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga itu. – SM

(Visited 212 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button