JenayahNasional

Lelaki OKU diperdaya jadi mangsa serakah seks luar tabii

Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) menjadi mangsa serakah seks luar tabii seorang lelaki yang dipercayai memperdaya untuk menghantarnya pulang ke rumah dalam kejadian di Batu Gajah dekat Ipoh, Ahad lalu.

Mangsa yang berusia 28 tahun bagaimanapun dipaksa melakukan persetubuhan luar tabii di sebuah pondok kebun sayur.

Berita Harian melaporkan, Ketua Polis Batu Gajah, Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, suspek berusia 36 tahun memperdaya mangsa yang juga OKU lemah intelektual kononnya mahu menghantarnya pulang, kira-kira 4 petang.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 4.32 petang Ahad lalu sebelum tindakan lanjut diambil.

“Bertindak atas maklumat, suspek ditahan pada pukul 11.30 pagi Isnin lalu oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Batu Gajah dan turut merampas sebuah kereta serta telefon bimbit.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan suspek ditahan reman selama lima hari bermula semalam (Selasa) hingga 6 Mei ini,” katanya.

Beliau menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu supaya menghubungi polis atau pegawai penyiasat, Inspektor Nurhidayah Omar di talian 013-3976564 untuk membantu siasatan. – SM

BACA Bapa mengaku bersalah rogol, seks luar tabii terhadap dua anak kandung

BACA Seks luar tabii: Lelaki dipenjara sembilan tahun, tiga sebatan

 

(Visited 252 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button