Nasional

Bilik AHU IPPTAR Angkasapuri terbakar

Bilik Air Handling Unit (AHU) Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak(IPPTAR), Angkasapuri musnah dalam kebakaran petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 3.05 petang tadi.

“Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai dan Hang Tuah telah dikerah ke lokasi kejadian.

“Kebakaran berlaku di tingkat 1 dianggarkan yang memusnahkan semua bahagian di dalam bilik berkenaan,” katanya.

Menurutnya, pihaknya berjaya mengawal kebakaran kira-kira pukul 3.39 malam dan tiada mangsa yang dilaporkan terlibat.

Tambahnya, punca kebakaran masih lagi disiasat. -SM

(Visited 675 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button