BeritaNasional

‘Mini Dhaka’ di Kota Raya KL digempur, paling mengejutkan ada bapak ayam!

Operasi Khas membanteras lambakan warga asing tanpa izin (PATI) yang dilakukan di Kota Raya Kuala Lumpur digempur dengan satu batalion anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Jalan Silang hari ini.

Bermula pada pukul 11 pagi tadi seramai 1,000 anggota dan pegawai polis mengepung kawasan terbabit bagi menyerbu kebanjiran pendatang yang dilihat semakin ‘besar kepala’ seperti warga tempatan malah mampu membuka perniagaan.

500 warga asing ditahan sebelum dibawa Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur

Hasil dari berita Kosmo, serbuan itu, warga asing dari Bangladesh, Nepal dan Myanmar gagal melarikan diri selepas kepungan mengejutkan dibuat pagi tadi.

Anggota dan pegawai polis berpakaian keselamatan lengkap dan bersenjata mula memecah masuk kes setiap premis yang membabitkan empat blok di jalan tersebut.

Bangladesh bapak ayam
Kreadit Photo : Kosmo

Lebih mengejutkan, terbongkar apabila pemeriksaan di salah satu premis mendapati mereka menjalankan perniagaan khidmat klinik persendirian khas buat golongan mereka sahaja.

Turut ditemui pelbagai jenis ubatan yang dipercayai dari Bangladesh tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM).

 

Selain itu, hasil serbuan premis lain turut menemukan premis yang dijadikan bilik sewa dalam keadaan berselerak, kotor dan jijik dipercayai dihuni warga asing.

Sekurang-kurangnya 500 warga asing ditahan sebelum dibawa Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur untuk proses semakan dokumentasi-SM

Artikle Berkaitan :>

Tiada keperluan bersihkan warga asing, mereka belum habis raba gadis Melayu

Mayat perempuan ditemukan dalam simen, lelaki warga asing direman 

(Visited 779 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button