Nasional

Perdana Menteri pun tak selamat?

KETEPIKAN dahulu sama ada isi kandungan sembilan set rakaman percakapan selama 45 minit yang didedahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini merupakan konspirasi jenayah peringkat tertinggi atau tidak.

Kita serahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan lanjut.

Persoalan di sini adakah kerahsiaan talian komunikasi melibatkan seorang Perdana Menteri dengan pegawai-pegawainya atau menteri tertentu berada dalam keadaan selamat hari ini?

Atau pendek kata, mudah untuk dimanipulasi atau disabotaj pihak tertentu terutama anasir asing?

Pada sidang media khas di Putrajaya hari ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya memperdengarkan klip audio berkaitan perbualan berkaitan kes skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd.

Antaranya, rakaman percakapan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, mendedahkan maklumat siasatan mengenai skandal dana 1MDB kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 2016.

Latheefa berkata, semua rakaman percakapan yang didedahkan SPRM didakwa berlaku pada 2016, dan hasil siasatan setakat ini mendapati ia adalah tulen. – SM

(Visited 84 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button