Nasional

Raja Muda Perlis titah sesebuah organisasi perlu diperingkat kecekapan

Penekanan dan keutamaan dalam meningkatkan aspek prestasi sumber manusia, teknologi, prosedur kerja dalam perkhidmatan serta penyampaian awam akan secara langsung mahupun tidak langsung meningkatkan lagi kecekapan sesebuah organisasi baik awam mahupun swasta.

Perkhidmatan yang efisyen, akan dapat memperkasakan lagi imej selain mewujudkan hubungan yang baik di antara organisasi berkenaan dengan para pelanggan, pemegang taruh dan juga orang awam secara keseluruhannya.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah RM21,000 kepada seramai 30 orang asnaf terpilih masing-masing menerima RM700 setiap seorang dalam kalangan anak kariah Masjid Al Ariffin, Padang Katong, Kangar yang diterima oleh Imam 1 Ustaz Muhammad Khidir Abd Ghani.

Mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Pada kesempatan yang sama Tuanku Raja Muda mengingatkan semua masyarakat di negeri Perlis tidak melupakan SOP mencegah penularan COVID-19, kerana, pada masa ini jumlah kes-kes yang dilaporkan adalah didapati dalam trend menaik dan di sini, kitalah yang perlu menjaga diri kita sendiri serta keluarga kita tersayang. Salinglah ingat memperingati sesama kita demi untuk kesejahteraan bersama.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut menyeru semua agar menjaga dan memastikan kesihatan diri terpelihara. Ibubapa dan penjaga pula perlu nengambil sikap bertanggungjawab bagi memastikan anak-anak atau jagaan mereka yang merupakan aset negeri serta negara dan juga bakal pemimpin yang sangat berharga di masa akan datang sentiasa selamat.

(Visited 173 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button