Nasional

MRSM Muar ditutup seminggu, 30 pelajar disahkan positif Covid-19

JOHOR BAHRU: Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muar diarah tutup selama tujuh hari sejak semalam selepas 30 pelajarnya disahkan positif Covid-19.

Notis penutupan itu dikeluarkan oleh pejabat kesihatan daerah Muar.

Pengerusi jawatankuasa kesihatan dan perpaduan negeri, Ling Tian Soon, yang mengesahkan perkara itu berkata, 11 daripada mereka disahkan positif melalui ujian saringan yang dijalankan pada hari ketiga selepas mereka mendaftar masuk ke asrama Isnin lalu.

“Kemudian pada hari kelima, ujian air liur dilakukan ke atas semua pelajar dan keputusan ujian mendapati 19 lagi pelajar positif Covid-19.

“Semua pelajar yang didapati positif telah dikuarantin dan pengasingan segera dilakukan atas nasihat jabatan kesihatan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Penutupan MRSM itu turut disahkan oleh pengarah kesihatan Johor Dr Aman Rabu.

(Visited 619 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button