fbpx
Politik

Angkat sumpah KM Melaka baharu Jumaat ini

Oleh BERNAMA 

Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob bersetuju agar Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia Ketua Menteri Melaka Ke-12 diadakan Jumaat ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Seri Hasim Hasan berkata istiadat itu akan diadakan di Dewan Seri Utama, Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka di Ayer Keroh di sini.

“Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka turut bersetuju Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka untuk membentuk Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam tempoh tujuh hari dari tarikh pelantikan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Pada Isnin lalu dilaporkan Mohd Khalil telah mendapat representasi bahawa Ketua Menteri Adly Zahari tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka.


Sehubungan itu Mohd Khalil akan melantik seorang ADUN sebagai Ketua Menteri yang baharu dalam masa terdekat. – BERNAMA

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button