Nasional

Mayat ditemukan di tepi jejantas Lebuh Raya Kajang Silk

SEORANG pejalan kaki berada dalam keadaan terkejut selepas terlihat mayat yang berada di kawasan semak sabun bersebelahan jejantas di Lebuh Raya Kajang Silk, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan penemuan mayat itu kira-kira pukul 8.38 pagi.

“Pemeriksaan bersama pihak forensik Bukit Aman mendapati tiada sebarang kesan kecederaan fizikal pada mayat yang lengkap berpakaian itu.

“Mayat juga didapati telah meninggal dunia lebih dari sehari berdasarkan tubuh badan yang sudah mula mereput,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Zaid, mayat telah dibawa ke Hospital Kajang untuk tujuan bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Tambahnya, sesiapa yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan mana-mana balai berdekatan atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mu’az Mazlan di talian 017-9788804. -SM

(Visited 203 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button