fbpx
Nasional

Muhyiddin hanya mahu selamatkan negara, tidak idam jawatan PM

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau tidak mengidam jawatan perdana menteri dan hanya mahu menyelamatkan keadaan ekoran krisis politik.

Menurut Muhyiddin, beliau tidak pernah mengidamkan jawatan berkenaan, tetapi tampil hanya mengelakkan negara daripada terjerumus ke dalam krisis politik yang lebih buruk.

Dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung di semua televisyen kebangsaan, Muhyiddin berkata beliau sedar pelantikan berkenaan bukan melalui pilihan raya, sebaliknya daripada sokongan majoriti Dewan Rakyat.

“Ini adalah satu amalan yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan selaras dengan prinsip demokrasi berparlimen di Malaysia.

“Setelah melalui kemelut politik yang melanda negara kita sejak seminggu yang lalu, saya tahu saudara-saudari tentunya mahu negara kita kembali berada di landasan yang betul.


“Saudara-saudari pastinya tidak mahu negara kita diheret ke dalam kemelut politik yang lebih besar,” katanya.

Kata Muhyiddin, beliau tidak berniat untuk menimbulkan konfrontasi dengan sesiapa.

“Saya cuma ingin memberikan sedikit penjelasan mengenai perkara yang sebenarnya berlaku supaya keikhlasan saya tidak dipersoalkan,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button