EkonomiNasional

Untung bersih Sime Darby susut 13.5 peratus

SIME Darby Berhad (Sime Darby) mencatatkan keuntungan bersih pada sebanyak RM820 juta bagi tahun kewangan yang berakhir 30 Jun 2020.

Keuntungan tersebut dilaporkan menyusut sebanyak 13.5 peratus berbanding RM984 juta seperti yang direkodkan pada tahun lepas.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, penyusutan keuntungan itu disumbang oleh faktor pengiktirafan kredit cukai tertangguh sebanyak RM129 juta.

Ia terhasil daripada perubahan kadar cukai keuntungan harta tanah di Malaysia bagi tahun kewangan sebelumnya.

Dalam kenyataannya yang dipetik laporan Bernama semalam memaklumkan tanpa faktor sedemikian keuntungan syarikat dana awam itu mungkin setanding pada tahun lepas.

Bagaimanapun, dalam kenyataan tersebut Sime Darby memaklumkan, tidak mengalami impak buruk akibat pandemik Koronavirus (Covid-19) pada separuh kedua tahun ini

Ia dikukuhkan dengan keputusan operasinya yang tepat  pada pada separuh pertama tahun kewangan 2020.

Namun, perolehannya dilaporkan meningkat kepada RM36.93 bilion daripada RM36.16 bilion sebelum ini.

Malah keuntungan sebelum faedah dan cukai bahagian perindustrian bagi tahun kewangan 2020 meningkat 21.2 peratus tahun ke tahun kepada RM967 juta.

Ia disebabkan keuntungan yang lebih tinggi daripada operasinya di Australia dan China.

Prestasi kukuh operasi bahagian motor di China menyumbang keuntungan lebih tinggi pada separuh pertama tahun ini dan pemulihan kukuh pada suku keempat.

Justeru, syarikat itu mengisytiharkan dividen interim kedua sebanyak tujuh sen sesaham dan dividen khas satu sen sesaham bagi 2020.

Jumlah dividen bagi tahun ini berjumlah 10 sen sesaham, termasuk dividen interim awal 2.0 sen sesaham.

Dalam pada itu, Sime Darby turut memaklumkan pihaknya optimis dalam unjuran prestasi kewangan akan datang.

Ini kerana prestasi kewangannya bagi tahun kewangan 2021 adalah memuaskan. – SM

(Visited 477 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button