Nasional

Polis sudah ambil keterangan Mohd. Khairuddin

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) sudahpun mengambil keterangan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu hadir memberi keterangan  di Bukit Aman, Kuala Lumpur malam tadi selepas didakwa gagal mematuhi kuarantin wajib.

Menurut pihak polis, beliau tiba untuk memberi keterangan pada pukul 8 malam.

“Sesi mengambil keterangan (di bangunan Parlimen) semalam tidak dibuat, sebaliknya polis ambil keterangan beliau (Mohd Khairuddin) diambil pukul 8 malam ini.”

Demikian kata Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid dipetik laporan Bernama malam tadi.

Mohd. Khairuddin sebelum ini bersama kementeriannya mengadakan lawatan ke negara Turki pada Julai lepas.

Namun tidak menjalani perintah kuarantin selama 14 hari selepas pulang dari luar negara apabila menghadiri lebih 12 majlis.

Tindakan beliau enggan menjalani kuarantin kendiri dikritik ramai pihak.

Malah ada yang membuat perbandingan dengan Yang Dipertuan Agong dan Perdana Menteri apabila baginda dan Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menjalani kurantin.

Dalam pada itu, lebih 20 petugas media dikatakan berkumpul di bahagian luar pintu masuk ke Bukit Aman.

Ia susulan Mohd. Khairuddin dilapor akan hadir ke Bukit Aman semalam untuk memberi keterangan kepada polis.

Bagaimanapun, beliau dikatakan hadir ke sana menggunakan kenderaan lain menyebabkan kehadirannya tidak dapat dikenal pasti.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat itu dikatakan tidak menggunakan kenderaan rasmi bagi mengelak daripada ditemubual media.

Terdahulu, Menteri Kanan Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan isu berkaitan Mohd. Khairuddin diserahkan kepada pihak polis.

Sehubungan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dilapor mengesahkan pihaknya membuka kertas siasatan berhubung kesalahan tersebut.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan (KKM) juga memaklumkan beliau dikenakan kompaun RM1,000 kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998.

Beliau didakwa melakukan kesalahan dan didenda mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan). – SM

(Visited 252 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button