Nasional

PM mahu badan penguatkuasa bertindak tanpa mengendahkan kedudukan

Agensi penguat kuasa perlu mengambil tindakan segera terhadap penyelewengan di pelbagai peringkat tanpa mengira kedudukan dan ideologi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata usaha membetulkan penyelewengan seperti isu rompakan kewangan sentiasa mendapat tentangan luar biasa pelbagai pihak.

“Ada guna bangsa atas nama Melayu, ada guna Islam, dan tanpa siasat, tanpa dengar laporan penyiasat agensi penguatkuasaan mereka kata ini penganiayaan politik dan sebagainya.

“Kami mengambil tindakan berdasarkan fakta dan undang-undang, bukan untuk memanipulasi,” katanya ketika berucap pada perhimpunan kakitangan Kementerian Kewangan di sini hari ini (8 Feb).

Sebelum ini, Anwar menegaskan Kerajaan Perpaduan pimpinannya tidak mencampuri urusan badan penyiasat dan penguatkuasa termasuk dalam siasatan yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Bersatu.

(Visited 199 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button