Nasional

Rakyat dipelawa sertai “Pertandingan Gambar Bersama Sultan Johor”

JOHOR BAHRU, 18 Feb  — Memori berharga bersama Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang pernah diabadikan menerusi foto, kini berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi “Pertandingan Gambar Bersama Sultan Johor”.

Perkara itu diumumkan menerusi Facebook rasmi Sultan Johor semalam, yang mempelawa rakyat Malaysia supaya menghantar gambar terbaik mereka bersama baginda.

Sepuluh penyertaan terbaik akan menerima hadiah menarik termasuk gambar mereka akan ditandatangani secara peribadi oleh Sultan Ibrahim.

Untuk menyertainya, peserta dikehendaki menghantar sekeping gambar mereka bersama Sultan Johor ke Facebook Messenger Laman Rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Penyertaan hanya diterima melalui Facebook Messenger baginda sahaja dan gambar yang dihantar melalui komen atau lain-lain medium tidak akan diterima.

Selain itu, peserta harus menekan butang ‘like’ pada laman Facebook baginda atau mengikuti akaun Instagram baginda @officialsultanibrahim, menekan butang ‘like’ mengenai pengumuman pertandingan itu dan berkongsikan beritanya di akaun Facebook masing-masing dengan meletakkan hashtag #sultanjohorkita dan ‘tag’ tiga rakan mereka.

Penyertaan dibuka sehingga 21 Feb ini dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

— BERNAMA

(Visited 414 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button