Nasional

Lori 3 tan hilang kawalan, rempuh tiga kenderaan

SEBUAH lori pasir seberat 3 tan telah hilang kawalan sebelum merempuh tiga lagi kenderaan lain di Jalan Tasik Permai, Ampang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, lori tersebut dalam perjalanan dari arah Hulu Langat menghala Ampang.

“Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu tersebut telah hilang kawalan kerana dipercayai brek tidak berfungsi semasa menuruni Bukit Permai .

“Lori tersebut lalu melanggar tiga buah kereta yang berhenti di lampu isyarat Bukit Permai hingga terbabas dan merempuh pembahagi jalan sebelum masuk ke jalan arah bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Farouk, pemandu dan penumpang ketiga tiga kereta hanya mengalami cedera ringan serta sedang dirawat di Jabatan Kecemasan Hospital Ampang.

Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tambahnya, saksi bebas yang menyaksikan kejadian tersebut diminta untuk tampil menyalurkan maklumat berkenaan kejadian dan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik IPD Ampang Jaya Insp Navine Gunasegaran di talian 012-6436327. – SM

(Visited 299 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button