Nasional

Hanya RM5 bilion diambil dari KWAN

KERAJAAN hari ini memaklumkan bahawa hanya akan mengambil RM5 builion dari Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) yang bernilai lebih RM19 bilion bagi mempercepatkan proses mendaparkan vaksin Covid-19.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata, setakat 31 Disember 2020, Petronas telah menyumbangjkan  RM10.4 bilion dan manakala bakinya adalah pulangan daripada pelaburan terkumpul iaitu RM9.1 bilion.

Katanya, RM5 bilion yang diambil kerajaan itu bukan daripada bahagian yang disumbangkan oleh Petronas tetapi daripada bahagian pulangan pelaburan terkumpul.

“Dana KWAN boleh diguna untuk perbelanjaan pembangunan selepas 10 tahun dari tarikh penubuhan 1988. Dan, ia juga boleh digunakan bagi tujuan membiayai pinjaman mudah kepada kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

“Pindaan Akta KWAN dibuat melalui Ordinan Darurat bagi pemerolehan vaksin COVID-19,” katanya pada sidang media Kementerian Kewangan, Putrajaya hari  ini.

(Visited 173 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button