Politik

Pemberian dos harian vaksin melebihi 400,000 semalam

JUMLAH pemberian dos vaksin harian mencapai rekod baharu tertinggi apabila melebih 400,000 dos semalam.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) 421,479 dos diberikan semalam melibatkan 264,034 dos pertama dan 157,445 dos kedua.

Selangor mencatatkan jumlah pemberian dos tertinggi iaitu 75,213 dos pertama dan 22,905 dos kedua.

Diikuti Kuala Lumpur iaitu 45,889 dos pertama dan 22,905 dos kedua serta Sarawak 29,691 dos pertama dan 52,377 dos kedua.

Selain itu turut mencatatkan pemberian vaksin yang tinggi adalah Perak 18,233 dos pertama dan 6,550 dos kedua serta Johor iaitu 16,467 dos pertama dan 5,413 dos.-SM

(Visited 65 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button