Politik

Bukan Mukhriz sahaja, Lim Kit Siang pun kalah dengan Bossku

ulama

BUKAN sahaja Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang `kalah’ dengan Bossku atau frasa “Apa Malu Bossku” yang dicetuskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga kononnya, bekas menteri besar Kedah itu mendakwa, frasa itulah yang menjadi punca tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Kedah, hari ini.

Tetapi ada seorang lagi iaitu Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Kit Siang begitu `jaki’ dengan bekas Perdana Menteri keenam itu.

PN

Antara serangan ahli politik veteran DAP itu terhadap Najib adalah mendakwa frasa “Malu Apa Bossku” itu telah melanggar Rukunegara kerana cuba menghalang reformasi yang dilakukan oleh kerajaan PH.

Begitu besar `penangan’ Bossku yang tidak lagi berada dalam kerajaan kepada Kit Siang.

Realitinya, posting Bossku berbeza dengan yang lain. Jenama tersebut berasaskan fakta dan data serta angka yang tidak boleh disangkal. Kalau ada isu ekonomi, posting Najib sering dijadikan orang ramai sebagai sumber rujukan utama.

Rating Malu Apa Bossku menlonjak naik. Ramai orang berbicara membandingkan kelebihan kerajaan lama Barisan Nasional dengan kerajaan baru PH.

Antara posting oleh Najib pada 20 Februari 2019:
“Setelah bertahun-tahun menyerang GST dan berbulan-bulan bertegas bahawa kadar inflasi rendah, akhirnya Guan Eng terpaksa mengaku bahawa harga barang masih tinggi.
Dia kata harga barang yang tinggi ini sangat mencabar untuknya.
Siapa suruh dia gantikan GST dengan SST setelah GST sudah stabil selepas 3 tahun dilaksanakan?
Apa sebab mahu ganti GST jika harga barang tidak akan turun?
Sekarang, Rakyat lebih dibeban

kan dengan harga yang semakin tinggi manakala hasil kerajaan juga kurang dengan berpuluh bilion.
Peniaga-peniaga yang tipu cukai sahaja yang seronok.
Rakyat yang bertahun-tahun telah termakan hasutan DAP tentang GST ada lencun ke tidak?
Tuala Good Morning pun kena cukai SST 10%.”

Setelah genap setahun Januari 2020, fenomena Bossku terbukti mengatasi populariti nama Najib sendiri. Posting beliau menjadi nombor satu.

Di Kodiang 27 April tahun ini, fenomena Bossku digeruni PH sehingga penganjuran program itu dibuat laporan polis oleh pemimpin parti itu di Kedah.

Setiap kali mengunjungi negeri itu, terdapat pihak tertentu membuat laporan polis berhubung kehadiran Najib dan bekas Perdana Menteri itu mengakui berasa pelik dengan perbuatan itu.

Kata beliau, ia membuktikan PH semakin ‘gabra’ dengan perkataan ‘Bossku’ dan kerjasama erat antara BN dan PAS menerusi penyatuan ummah.

Najib yang ditemui SUARA MERDEKA di Kota Kinabalu Januari lalu turut ditanya bagaimana hendak mengekalkan momentum Bossku agar segar sepanjang masa, kata beliau: “Selagi saya dapat memperlihatkan persona Najib… masalah dulu adalah persona Najib sebagai Perdana Menteri sebab sebagai Perdana Menteri, saya ‘dikongkong’ kerana protokol atau kawalan UTK, memang ada pagar secara prinsipal atau bukan prinsipal, antaranya tempat duduk ditentukan siapa duduk sebelah kanan, kiri saya.

Dan mengapa pendekatan Bossku tidak pula dipraktikkan sewaktu beliau Perdana Menteri sebelum ini, kata Najib lagi: “Dahulu, saya fikir hanya menjalankan tanggungjawab saya sebagai ketua kerajaan.
“Masa dan tenaga saya fokus untuk memimpin negara, selesaikan masalah rakyat dan sebagainya. Jadi, saya kurang beri perhatian. Itu mungkin saya sedar waktu itu lakukan yang baik sudah cukup, boleh atasi kebatilan, fitnah.
“Namun rupanya tidak, orang tetap termakan fitnah dan lupa kebaikan yang kita buat.”

Begitu pun, tegas Najib, apa yang selalu ditekankan apabila orang sebut ‘Bossku’ adalah:
“Bukan saya bos tapi rakyat. Rakyat adalah bos.” Dan agaknya Mukhriz boleh salahkan lagi Najib dengan `tambah fakta’ bahawa tidak sahaja kerajaan PH Kedah tumbang tetapi bersekali dengan kerajaan PH Pusat pada Februari lalu. Tidak begitu Mukhriz? – SM

(Visited 541 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button