Politik

PRK Slim: Calon BN mendahului dengan 5,173 undi

SETAKAT pukul 7 petang tadi, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Slim, Mohd Zaidi Aziz mendahului dengan 5,173 undi.

Calon Pejuang Amir Khusyairi Mohamad Tanusi mendapat 965 undi manakala calon bebas S Santharasekaran 176 undi.

DUN Slim mempunyai 22,749 pengundi di mana 75 peratus pengundi adalah berbangsa Melayu, diikuti kaum India (13 peratus), Cina (10 peratus), dan lain-lain (dua peratus).

Daftar pemilih DUN berkenaan turut merangkumi 267 pengundi awal dan 78 orang mengundi secara pos.

PRK Dun Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, yang juga Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, 15 Julai lalu akibat serangan jantung.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 Mohd Khusairi memperoleh 8,327 undi dengan majoriti 2,183 mengalahkan Mohd. Amran Ibrahim (PKR) dan Zulfadzli Zainal (Pas).

(Visited 170 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button