Politik

Kalau berani buat sumpah laknat – Mohamad Ali

INDIVIDU tertentu dicabar mengangkat sumpah laknat untuk membuktikan beliau tidak terlibat
untuk memaksa Datuk Seri Sulaiman Md. Ali menandatangani dokumen untuk meletak jawatan sebagai ketua menteri.

Cabaran itu disuarakan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Ali
Mohamad, jika benar, jujur dan berprinsip mengapa tidak menafikan dakwaan tersebut dengan cara sumpah
laknat seperti mana dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kalau Najib berani menafikan sesuatu perkara itu dengan membuat sumpah laknat, mengapa individu tertentu
yang dikaitkan dengan isu Sulaiman tak boleh buat.

“Malah saya sendiri bersedia sumpah laknat kerana ada yang mengaitkan dan menuduh saya mencipta fitnah ini
kerana demi populariti diri saya.

“Orang politik boleh cakap macam-macam dan boleh menafikan itu dan ini tetapi jika benar mereka jujur dan
berprinsip jika ingin menafikan perkara ini buatlah sumpah laknat,” ujarnya menerusi program Diskusi
bertajuk: Tiada Istilah Ketua Menteri Sementara secara langsung melalui Facebook malam tadi.


Turut sama dalam program tersebut berlangsung hampir sejam lebih itu ialah Ketua UMNO Bahagian Jasin,
Datuk Hasan Abd. Rahman dan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah, Datuk Rospandi Leman.

Mohamad Ali yang juga Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu menegaskan beliau berpegang kepada prinsip
perjuangan dilakukan itu adalah untuk membela agama, bangsa dan negara.

Menurutnya, semua pemimpin di peringkat bahagian telah mendengar pelbagai perkara yang tidak selesa untuk
didengar yang boleh melemahkan parti sendiri.

Sementara itu, Rospandi menegaskan, pihak-pihak tertentu tidak lagi perlu menimbulkan spekulasi mencabar
Sulaiman agar meletakkan jawatan.

“Kalau tiada angin tiada pokok bergoyang, berhenti kalau ada niat yang tidak baik. Jangan kita rakus
kerana Allah beri rezeki dan nikmat serta kekayaan sebenarnya hendak menduga kita,” ujarnya dalam diskusi
tersebut.

Sementara itu Hasan berkata, Sulaiman harus kekal menjawat jawatan ketua menteri sehingga habis penggal
dan sewajarnya jika ada pihak sanggup memaksa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu itu untuk meletakkan jawatan.

Jelasnya, UMNO bahagian itu telah berikrar untuk berdiri teguh serta mempertahankan Sulaiman untuk terus
kekal sebagai ketua menteri. – SM

 

(Visited 71 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button