Nasional

Pemangku Raja Perlis terima Sesi Sembah Taklimat NCIA

PEMANGKU Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menerima Sesi Sembah Taklimat berkaitan perkembangan, kemajuan dan hala tuju projek-projek strategik Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) di Perlis, petang semalam.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Penerangan oleh pihak NCIA pada Sesi Sembah Taklimat kepada Baginda berdua.

Keberangkatan tiba Baginda berdua disambut oleh pengurusan tertinggi NCIA terdiri daripada Ketua Eksekutif, Mohamad Haris Kader Sultan; Ketua Pegawai Operasi, Hasri A. Hasan; dan Pengarah Perkhidmatan Korporat, Zuhairi Mohmed.

Turut hadir ke program yang diadakan di Ibu Pejabat NCIA di Penang Science Park, Simpang Ampat, Pulau Pinang tersebut ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof dan Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) Perlis, Puteh Soraya A Rahman.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertanya sesuatu semasa Sesi Sembah Taklimat NCIA.

Pembangunan bersepadu di Chuping akan menjadi kunci untuk memacu pertumbuhan sosioekonomi negeri Perlis.

Untuk merealisasikan impak pembangunan ini, penyelarasan dan fasilitasi oleh kerajaan negeri adalah penting dalam memastikan projek berimpak tinggi NCER siap dengan lancar.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen bergambar bersama pegawai kanan NCIA selepas Sesi Sembah Taklimat.

Pada masa yang sama, bagi memastikan semua sasaran utama Pelan Pembangunan Strategik NCER 2021-2025 tercapai, Kerajaan Negeri dan NCIA akan bekerjasama rapat untuk memastikan pelaksanaan yang lancar. – SM

BACA Sentiasa lindungi, jaga kebajikan rakyat – Pemangku Raja Perlis

(Visited 79 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button