Nasionalpilihan

KPDN Melaka lupuskan kasut tiruan bernilai RM85,710

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka melupuskan 4,277 pasang kasut dan selipar tiruan pelbagai jenama bernilai RM85,710.

Pengarahnya, Norena Jaafar berkata, barangan tiruan itu disita pada 2022 dan pemiliknya telah dikompaun sebanyak RM55,000 oleh mahkamah kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Cap Dagang 2019.

Menurut beliau, selipar dan kasut tiruan itu dikategorikan sebagai greb B dan disasarkan kepada pembeli sempena musim perayaan.

Beliau berkata, barang rampasan disita berdasarkan intipan daripada pemilik cap dagang dan juga pihak penguatkuasa KPDN Melaka.

“Modus operandi sindiket ini adalah menjual kasut dan selipar tiruan berjenama Nike dan Adidas melalui platform dalam talian sempena musim perayaan.

“Kita mengesan pemilik menyimpan stok di kawasan perumahan persendirian berpagar dalam daerah Melaka Tengah. Ini merupakan salah satu trend yang kerap dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

“Barang rampasan dikategorikan gred B yang mana terdapat perbezaan ketara dari segi harga. Contohnya selipar dan kasut tiruan dijual antara RM10 dan RM60 sepasang beranding harga asal RM400 hingga RM500 sepasang, bergantung kepada rekaan,” katanya dalam sidang akhbar Program Pelupusan Eksibit di Stor KPDN Krubong di sini hari ini.

Menurut Norena, KPDN Melaka telah melupuskan barangan sitaan melibatkan 46 kes yang terdiri daripada pelbagai akta yang diwartakan bernilai RM587,065 pada 2022, menurun berbanding tahun
sebelumnya dengan 63 kes membabitkan nilai RM593,942.

Katanya, sebanyak 44 kes telah dihasilkan melibatkan barang rampasan sepanjang tahun lalu.

“Daripada 44 kes itu, sebanyak 16 kes dihasilkan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, tujuh kes melibatkan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan Akta Cap Dagang 2019 sebanyak dua kes. Nilai rampasan berjumlah RM2.2 juta.

“Sementara itu, RM8,848 nilai barang kes yang disita telah dilupuskan dengan kaedah jualan dan dijadikan hasil kerajaan,” ujarnya. – SM

(Visited 162 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button