NasionalNegeri

Sambutan Hari Kebangsaan SK Bintong dimeriah konvoi motosikal berkuasa besar

PENTINGNYA anak-anak kecil didedahkan dengan semangat membara untuk terus menerajui negara ini. Atas sebab itu, Sekolah Kebangsaan (SK) Bintong, Kangar, Perlis mengadakan satu acara gimik sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-65 ini.

Ia sebagai simbolik supaya anak-anak kecil ini difahamkan bahawa akan tiba suatu masa nanti, generasi lama akan melepaskan tanggungjawab menjaga negara ini kepada mereka.

Wakil konvoi menyerahkan bendera Jalur Gemilang dan Watikah kepda wakil pelajar disaksi guru SK Bintong.

Pasukan konvoi motosikal berkuasa besar Kelab “Blues Chopper” yang terdiri dari warga veteran menjadi kemuncak pada acara sambutan ini.

Ia disertai oleh 12 ahli “Blues Chopper” termasuk Guru Penolong Kanan Kokurikulum (PKK) sekolah berkenaan, Sarimah Mohd Zainul.

Konvoi ini bermula di Cafe Bintong (kantin sekolah) yang kemudiannya berhenti di pekarangan sekolah di mana tempat murid-murid dan guru berhimpun.

Kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan Ke-65 di SK Bintong, Kangar, Perlis.

Wakil konvoi kemudinnya menyerahkan bendera Jalur Gemilang dan Watikah kepada wakil murid.

Ia turut disaksikan Guru Besar SK Bintong, Mazalah @ Mazlah Mat.

Sebanyak 300 murid-murid dan 28 guru terlibat dalam perhimpunan sambutan Hari Kebangsaan Ke-65 ini.

Kesemua murid-murid dan guru juga memakai pakaian kebangsaan.

Antara acara lain yang diadakan termasuk pertandingan pakaian beragam bertema pahlawan negara dan juga pertandingan karaoke lagu patriotik. – SM

(Visited 540 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button