fbpx
Jenayah

Pemandu hilang kawalan, rempuh dinding rumah

Pemandu mengambil minuman keras, paras dibenarkan

BERPANTANG maut sebelum ajal. Seorang lelaki gagal mengawal keretanya lalu merempuh dinding hadapan sebuah rumah di Taman Sejati Indah, Sungai Petani, awal pagi tadi.

Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 2.15 pagi apabila pemandu kereta mewah jenis BMW 320i dikatakan gagal mengawal kenderaannya sebelum terbabas dan merempuh dinding rumah berkenaan.

Keadaan dinding rumah dirempuh kereta dipandu pemandu yang mengambil minuman keras paras dibenarkan. – GAMBAR ASTRO AWANI

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, ketika kemalangan berlaku, lelaki berusia 65 tahun  itu didapati memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Pemandu terbabit didapati mengambil minuman keras, namun kandungan alkohol berada pada paras dibenarkan memandu,” kata Shamsudin.

 


Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

Kejadian itu bagaimanapun tidak membabitkan kecederan. – BERNAMA

Show More

Related Articles

Back to top button