fbpx
JenayahNasional

Lapan lelaki gaduh di Dataran Merdeka didenda

INSIDEN pergaduhan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur yang tular videonya dalam media sosial baru-baru ini menyebabkan lapan lelaki terlibat didenda.

Mereka adalah Mohamad Syahrul Azrai Mas Ringo,18; Nasrin Superatekjo, 26; Mohd Sharuddin Muhamad Sali, 26 dan Mohammad Azrul Effendy Azmi,19.

Selain itu, Muhammad Taufiq Zakaria, 22; Muhammad Razif Razali, 21; Muhammad Dashrin Ashraff Ishak, 21, dan Muhammad Azizul Izwan Mohd Saian, 22.

Kesemua mereka dijatuhkan hukuman dendan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Mereka mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan gaduh gempar di Dataran Merdeka, Ahad lepas.


Majistret Fardiana Haryanti Ahmad Razali turut memerintahkan kesemua tertuduh menjalani hukuman penjara sebulan sekiranya gagal membayar denda.

Turut terlibat dalam insiden tersebut adalah tiga remaja lelaki bawah umur berusia 17 tahun.

Justeru, mahkamah menetapkan 28 september untuk laporan akhlak sebelum menjatuhkan hukuman.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa melakukan gaduh gempar di tempat awam pada pukul 1.29 pagi, 23 Ogos lepas.

Mereka dituduh di bawah Seksyen 159 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 160 dibacakan bersama Seksyen 34 kanun sama.

Sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau dengan denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya.

Memetik laporan Bernama, Timbalan Pendakwa Raya Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar sebelum itu memohon mahkamah mengenkan hukuman setimpal.

Ia diakatakan bertujuan memberi pengajaran terhadap kesalahan yang dilakukan.

Bagaimanapun, Peguam, Mohammad Zaidi Othman memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan atas alasan semua anak guamnya telah insaf selain pergaduhan itu tidak dirancang.

Beliau mewakili mewakili Mohamad Syahrul Nasrin, Mohd Sharuddin, Mohd Azrul, Muhammad Dashrin, Muhammad Azizul dan tiga remaja bawah umur.

Namun, tiga lagi tertuduh iaitu Mohammad Azrul, Muhammad Taufiq dan Muhammad Razif tidak diwakili peguam.

Terdahulu, sebuah video tular dalam media sosial memaparkan sekumpulan remaja lelaki bergaduh dengan bersenjatakan topi keledar di Dataran Merdeka.

Susulan itu, pihak polis menerima laporan mengenai insiden tersebut dan menjelaskannya berpunca daripada perselisihan faham.

Bagaimanapun polis menafikan insiden tersebut mempunyai kaitan dengan elemen kongsi gelap ataupun gangster. – SM

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button