Politik

Pelaksanaan Prokalamasi Darurat ada kaitan dengan politik

PELAKSANAAN Proklamasi Darurat yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah disifatkan sebagai bermotif politik.

Ini kerana, permohonan untuk melaksanakan darurat bukanlah kali pertama dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Malah, umum tahu beliau sebelum ini pernah menghadap Agong di Pekan, Pahang bagi mempersembahkan cadangan pelaksanaan Perintah Darurat.

Walau bagaimanapun, perintah tersebut tidak diperkenankan oleh baginda walaupun untuk tujuan membendung penularan wabak Koronavirus (Covid-19).

Namun, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim sebelum ini dikatakan pernah menyebut cadangan Perdana Menteri tidak boleh ditolak oleh Agong.

“Kali ini sudah tentu perlindungan politik untuk mereka, sebab kalau dibuat (darurat) tempoh hari dengan tidak ada sekatan Covid-19 kerajaan hendak buat.

“Tetapi tidak diterima oleh Agong apabila melihat perkara-perkara itu terjadi.

“Tetapi apabila dicuba lagi pada kali ini, sebab selepas mereka tahu sebanarnya darurat ini ada kuasa penuh Perdana Menteri.

“Dalam perlembagaan negara, seperti Rais pernah bangkitkan bahawasanya Perintah Darurat yang dipersembahkan oleh Perdana Menteri tidak boleh ditolak oleh Yang di-Pertuan Agong.”

Kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd. Razlan Rafii ketika dihubungi Suara Merdeka hari ini.

Dalam pada itu beliau turut tidak menolak jika pelaksanaan Proklamasi Darurat adalah kerana Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sudah kehilangan sokongan majoriti.

Terdahulu, Agong dalam satu kenyataan bertitah memberi perkenan Perisytiharan Proklamasi Darurat sebagai langkah untuk membendung dan melandaikan penularan virus Covid-19.

Istana Negara dalam satu kenyataan memaklumkan, darurat akan dilaksanakan sehingga 1 Ogos tahun ini.

Sementara itu, Mohd. Razlan menambah, tindakan memohon darurat ini membolehkan Perdana Menteri berkuasa penuh dan tidak perlu memikirkan soal sokongan Ahli Parlimen.

Menurutnya, apabila Proklamasi Darurat berkuatkuasa, Perdana Menteri adalah berkuasa penuh dan aktiviti politik tidak boleh dilakukan.

“Ia sudah tentu tindakan politik kerana, apa yang hendak dilakukan hari ini adalah kali kedua permintaannya.

“Kali pertama ketika mereka (kerajaan) buat memang tujuannya adalah untuk perlindungan politiklah.

“Kali ini sudah tentu perlindungan politik untuk mereka, sebab kalau dibuat (darurat) tempoh hari dengan tidak ada sekatan Covid-19 kerajaan hendak buat.

“Tetapi tidak diterima oleh Agong apabila melihat perkara-perkara itu terjadi.

“Tetapi apabila dicuba lagi pada kali ini, sebab selepas mereka tahu sebanarnya darurat ini ada kuasa penuh Perdana Menteri,” ujarnya. – SM

(Visited 301 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button