Politik

Lompat parti: Xavier membisu, elak jumpa media

BEKAS Naib Presiden PKR Dr. Xavier Jayakumar bersikap membisu enggan mengulas mengenai keputusannya keluar dari parti itu untuk menyokong kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN).

Dalam video yang disiarkan Sinar Harian, Ahli Parlimen Kuala Langat itu dilihat menjauhkan diri dari wartawan yang bertanya mengenai pembelotannya dan adakah dia telah didesak untuk Xaviermeninggalkan PKR.

Xavier, yang berada di kompleks sukan di Banting bagi menerima dos pertama vaksin Covid-19, berjalan ke keretanya ketika wartawan mengejarnya.

Xavier mengisytihar dirinya keluar dari PKR dan menjadi Ahli Parlimen bebas yang menyokong kerajaan PN.

Beliau yang merupakan antara pengasas PKR sejak 1998, mengumumkan dia akan keluar dari parti itu untuk menyokong pemerintah dan bertugas sebagai anggota Parlimen bebas.

Dia mengatakan bahawa dia menjadi “sangat kecewa” berikutan peristiwa tahun lalu.

Pengunduran dirinya berlaku setelah dua wakil rakyat PKR yang lain – Ahli Parlimen Julau Larry Sng dan Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong – keluar dari parti itu bulan lalu dan menyatakan sokongan mereka kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

(Visited 223 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button