NasionalNegeri

TNB peruntuk zakat sebanyak RM319,464.18 kepada Perlis melalui MAIPs

TENAGA Nasional Berhad (TNB) memperuntukkan zakat perniagaan berjumlah RM319,464.18 kepada Perlis melalui Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berdasarkan jumlah pendapatan dan keuntungan operasi syarikat berkenaan pada tahun 2021.

Cek replika tersebut dipersembahkan kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail oleh Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TNB, Datuk Indera Ir Baharin Din di Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan TNB Peringkat Perlis di Masjid As-Shahrani Behor Lateh, Kangar.

Cek replika tersebut dipersembahkan kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail oleh Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TNB, Datuk Indera Ir Baharin Din di Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan TNB Peringkat Perlis di Masjid As-Shahrani Behor Lateh, Kangar.

Hadir sama CEO MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Setakat ini jumlah pembayaran zakat oleh TNB untuk Perlis sebanyak RM5.2 juta bagi tempoh dari tahun 2016 sehingga 2021.

BACA https://suaramerdeka.com.my/maips-peruntuk-zakat-bantuan-persekolahan-rm7219800-tahun-ini-raja-muda-perlis/

Jelas Datuk Indera Baharin, pada tahun 2021, TNB telah memperuntukkan wang zakat berjumlah RM14.06 juta untuk diagihkan kepada semua negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

“Pecahan pengagihan wang zakat perniagaan TNB ini adalah berdasarkan kepada 60 peratus jumlah bagi fakir miskin di setiap negeri, 20 peratus jumlah pengguna dan 20 peratus lagi daripada kapasiti penjanaan,” katanya.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail

Tambah beliau kepada Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs, “TNB percaya zakat bukan sahaja dapat membantu menjana pertumbuhan ekonomi negeri Perlis malahan pengurusannya secara efisien dan sistematik mampu melonjakkan potensi zakat sebagai instrumen pembangunan rakyat Perlis,” katanya.

PAUTAN TNB https://www.instagram.com/tenaga_nasional/?hl=en

Tambahnya, sesungguhnya dengan sokongan Raja Muda telah mencetuskan semangat kepada beliau serta sekalian warga kerja TNB untuk terus menyalurkan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, khususnya kepada rakyat Perlis.

BACA https://suaramerdeka.com.my/raja-muda-lancar-kempen-nihayatul-am-pembayaran-zakat-wakaf-dan-sedekah-maips/

BACA https://suaramerdeka.com.my/rcb-serah-zakat-perniagaan-rm945934-kepada-maips/

Di majlis yang sama Raja Muda turut berkenan menyampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada 140 asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Kampung Behor Lateh dan juga Kampung Bangsal Lebah.

Masing-masing menerima RM700 daripada Baginda.

BACA https://suaramerdeka.com.my/maips-saran-umat-islam-guna-peluang-penghujung-tahun-ini-berzakat/ – SM

(Visited 269 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button