Politik

UMNO pertimbang tarik diri dari PN

UMNO membuat pertimbangan untuk menarik diri dari menyokong Perikatan Nasional.

Parti itu akan memberikan syarat baharu kepada PN bagi meneruskan kerjasama politik secara perjanjian bertulis untuk dilaksanakan secepat mungkin.

Perkara tersebut diputuskan dalam Mesyuarat Biro Politik UMNO yang berlangsung di ibu pejabat UMNO di Menara Dato’ Onn malam ini.

Mesyuarat yang dipenngerusikan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi itu turut dihadiri Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri-negeri dan Ahli Jawatankuasa Pengurusan UMNO.

Menurut Ahmad, UMNO akan mencadangkan kepada Jawatankuasa Pemandu Muafakat Nasional (MN) agar Muafakat Nasional didaftarkan segera sebagai sebuah gabungan politik yang sah.

“UMNO berpandangan bahawa kestabilan politik sangat penting dan pertumbuhan ekonomi mesti ditingkatkan. Sebarang keputusan yang UMNO lakukan adalah untuk manfaat rakyat, agama, bangsa dan negara,” kata Ahmad.-SM

(Visited 265 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button